Tuesday, 13 December 2016

Rendang Tok Nenda Yang Enak dan Sedap

Resepi rendang ni selalunya keluarga saya akan masak pada musim perayaan atau kenduri. Dek kerana masa memasaknya agak lama, sebab tu kami akan masak dalam kuantiti yang banyak supaya rasa berbaloi la nak mengacaunya. Fuhhh memang sampai berpeluh la kalau masak gunakan kayu api pulak tu dan masak gunakan kawah, memang akan bergilir-gilir dok mengacau rendang tu. Memang seronok la! Sempat saya menyalin resepi ni dari arwah tok. Tapi sekarang dah takde momen-momen tu sebab atok dan tok saya dua-dua dah takde dan kami jarang pulang ke kampung. Sob sob, rindu sangat!, al-Fatihah buat mereka dan ahli keluarga saya yang sudah meninggal dunia. Okay dah jangan sedih-sedih, jom kita tengok resepi kat bawah ni dan cara-cara nak masak.

Resepi Rendang Tok Warisan

Bahan-bahan:
1 kilo daging dipotong dadu/kiub
1 kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
Sedikit belacan
Sedikit gula kabung/gula melaka/gula merah
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
4/5 batang serai
3 ketul lengkuas (kecil)
3 biji bwg besar
Seketul besar halia

Bahan yang digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar rempah biji
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih 
20 biji cili kering kering (boleh tambah atau kurangkan)

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk, saya gunakan kuali supaya mudah untuk dikacau. Biarkan dididih dan masak dengan api sederhana. Jika api kuat perlu dikacau selalu supaya tidak hangit di bawah dan masak sehingga kering dan bertukar warna hitam.

Rendang ni sedap dimakan dengan lemang, ketupat, roti gardenia. Makan dengan nasi pun sodap! Nyummy! Selamat mencuba uolls!.






No comments:

Post a Comment